Rejim Zionis haramkan 133 penduduk Baitulmaqdis masuk al-Aqsa

BAITUMAQDIS, 5 Mac 2019 — Rejim Zionis telah mengeluarkan larangan memasuki Masjid al-Aqsa ke atas 133 pegawai Majlis Wakaf dan penduduk Baitulmaqdis, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kenyataan peguam Khaldoun Najm semalam menyebut arahan terakhir telah dikeluarkan ke atas Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis dan Ahli Majlis Wakaf, Adnan Al-Husseini.

Adnan Al-Husseini bagaimanapun menolak arahan tersebut.

Semua arahan dikeluarkan selepas pembukaan semula Bab al-Rahma, yang ditutup oleh polis Zionis sejak tahun 2003.

Antara lain, rejim Zionis telah mengeluarkan arahan tersebut ke atas Pengerusi Majlis Wakaf, Sheikh Abdul-Azim Salhab, dan timbalannya, Sheikh Najeh Bkeerat.

Sepanjang bulan Februari, rejim Zionis telah menangkap 229 penduduk Baitulmaqdis, termasuk 170 orang dalam tempoh dari 18 hingga 28 Februari, ketika bantahan di sekitar Bab al-Rahma memuncak.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts