Rejim Zionis arah keluarga Palestin serah rumah kepada pendatang Yahudi

BAITULMAQDIS, 11 Mac 2019 — Mahkamah Zionis di Baitulmaqdis mengarahkan sebuah keluarga Palestin di Wadi Hilweh dalam kejiranan Silwan, di selatan Masjid al-Aqsa, supaya mengosongkan rumah mereka untuk diserahkan kepada pendatang Yahudi.

Sebuah agensi Yahudi hari ini memaklumkan keputusan tersebut kepada keluarga waris Mariam Abu Zuweir, di mana mereka diarah mengosongkan rumah sebelum akhir bulan ini. Keputusan dibuat selepas pertubuhan ElAd menuntut hakmilik ke atas rumah tersebut, walaupun mereka selama ini didakwa menggunakan dokumen palsu.

Keluarga waris, Nihad Siam bersama empat anaknya, berjuang mempertahan hak mereka ke atas rumah tersebut sejak 22 tahun lalu.

ElAd adalah sebuah pertubuhan Zionis yang cuba meningkatkan jumlah penduduk Yahudi di Baitulmaqdis Timur, dengan mempromosi pembinaan penempatan haram.

(Maan, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts