Rejim Zionis lancar kempen saman peniaga dan pemandu Palestin di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 3 Okt 2018 — Pihak perbandaran dan cukai Zionis hari ini melancarkan kempen menyaman peniaga dan pemandu Palestin di kem pelarian Shu’fat, timur laut Baitulmaqdis.

Pasukan polis mengiringi para pegawai Zionis menyerbu dan menggeledah kedai-kedai, mengenakan saman kepada pemilik yang dituduh melanggar undang-undang. Pemanu-pemandu kenderaan turut dikenakan saman dalam kempen yang sama.

Rejim Zionis mengenakan pelbagai cukai yang melampau ke atas penduduk Palestin, termasuk cukai insuran kebangsaan, sedangkan penduduk Palestin tidak mendapat manfaat dari insuran tersebut. Cukai-cukai yang dikenakan lazimnya lebih tinggi daripada pendapatan atau keuntungan perniagaan penduduk Palestin.

Cukai atau saman yang dikenakan adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, kerana wilayah Baitulmaqdis Timur dianggap sebagai kawasan yang dijajah dan oleh kerana itu undang-undang Zionis tidak layak diguna-pakai di wilayah tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts