Rejim Zionis lanjutkan tempoh tahanan penduduk Palestin hanya 4 hari sebelum dibebaskan

BAITULMAQDIS, 20 Ogos 2018 — Rejim Zionis hari ini memperbaharui tempoh tahanan ke atas Nasser Subhi Abu Khdeir selama enam bulan lagi, hanya empat hari sebelum beliau sepatutnya dibebaskan.

Tahanan ke atas beliau ditukar kepada “tahanan pentadbiran” atas desakan pihak perisikan Zionis.

Nasser, 57, yang berasal dari Shufat di Baitulmaqdis Timur sedang menjalani hukuman selama 16 bulan di penjara Ramon yang terletak di kawasan gurun Naqab, dalam keadaan sakit akibat masalah pernafasan dan sakit belakang.

Tahanan pentadbiran membenarkan rejim Zionis mengurung penduduk Palestin tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan untuk tempoh selama enam bulan. Bagaimanapun tempoh tersebut boleh diperbaharui tanpa had.

Beliau telah ditangkap sebanyak 11 kali dan dikurung dalam penjara Zionis selama 16 tahun.

(PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts