GAZA, 7 Nov 2018 — Rejim Zionis menahan jenazah seorang lagi peserta perhimpunan Great Return March (GRM) yang ditembak oleh tentera Zionis Sabtu lalu.

Imad Khalil Shaheen, 17, merupakan jenazah yang ke-11 masih ditahan oleh tentera Zionis sejak GRM bermula pada 30 Mac lalu.

Beliau ditembak berdekatan kawasan pagar sempadan di timur kem pelarian Maghazi, dan dikejarkan dengan helikopter ke sebuah hospital Zionis di Beersheba dalam keadaan parah. Keesokan paginya, rejim Zionis mengumumkan beliau meninggal dunia tetapi enggan menyerahkan jenazah.

Rejim Zionis telah menahan sekitar 260 jenazah penduduk Palestin, yang dikumpulkan di sebuah tanah perkuburan khusus yang dipanggil “Perkuburan al-Arqam”. Hampir separuh daripadanya adalah penduduk Gaza.

(PIC)

SHARE