Rejim Zionis musnahkan 2,775 rumah di Gurun Naqab sepanjang 2018

BAITULMAQDIS, 1 Jan 2019 — Menteri Pertanian Zionis, Uri Ariel, dalam kenyataannya semalam mengumumkan bahawa rejim penjajah telah memusnahkan 2,775 buah rumah penduduk Palestin di Gurun Naqab sepanjang tahun 2018.

Beliau menyebut sebanyak 2,172 bangunan dimusnahkan pada tahun 2015, 2,523 pada tahun 2017, dan 2,775 sepanjang tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 16%.

Menurut beliau lagi, bilangan bangunan penduduk Palestin yang dibina tanpa kebenaran menurun dari 6,211 pada tahun 2015 kepada 3,421 pada tahun 2017, menunjukkan penurunan sehingga separuh dalam tempoh dua tahun.

Sejak tahun 2000, rejim Zionis tidak mengeluarkan sebarang kebenaran pembinaan di kawasan perkampungan Palestin yang tidak diiktiraf di seluruh Gurun Naqab. Hanya tiga keluarga Palestin mempunyai kebenaran pembinaan bangunan di kawasan tersebut.

Ariel menyifatkan polisi meroboh rumah penduduk Palestin sebagai satu “revolusi” dalam penyusunan dan pembinaan perkampungan-perkampungan Arab di Gurun Naqab.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts