BAITULMAQDIS, 10 Apr 2018 — Rejim Zionis mula meratakan tanah-tanah pertanian yang tidak didiami di sekitar Baitulmaqdis dan mendaftar kawasan terbabit sebagai sebahagian daripada harta milik pihak perbandaran Zionis di kota suci itu.

Tanah-tanah pertanian Palestin di kawasan Baitulmaqdis Timur tidak termasuk dalam rekod tanah berdaftar, sehingga menyukarkan proses untuk mendapatkan kebenaran untuk dibangunkan. Malah rekod tersebut boleh membatalkan sebarang perjanjian jual-beli sebelumnya.

Kebanyakan penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur tidak mempunyai bukti daftar pemilikan tanah mereka.

(PIC)

SHARE