GAZA, 10 Julai 2018 — Rejim Zionis menutup satu-satunya pintu lintasan komersial Gaza di Kerem Shalom, sebagai hukuman kepada penduduk Gaza yang menerbangkan layang-layang dan belon sehingga menyebabkan kebakaran kebun-kebun pendatang Yahudi di kawasan sempadan.

Isnin lalu, Perdana Menteri Zionis Benjamin Netanyahu serta Menetri Perangnya Avigdor Lieberman membuat ugutan di parlimen untuk mengasingkan serta mengetatkan lagi sekatan ke atas Gaza yang berlarutan sejak 12 tahun lalu.

Dalam kenyataannya, Lieberman menyebut, “Beberapa hari lagi, kita akan meneruskan sekatan ke atas pintu-pintu lintasan sempadan. Saya telah mengarahkan tentera untuk mengambil beberapa langkah.”

(MEMO, DoP)

SHARE