Rejim Zionis rampas pakaian kanak-kanak Gaza

GAZA, 30 Sep 2018 — Rejim Zionis merampas beberapa buah kontena muatan pakaian kanak-kanak untuk dibawa masuk ke Gaza, atas dakwaan ianya akan digunakan untuk aktiviti keganasan.

Kenyataan Menteri Perang Zionis, Avigdor Lieberman, menyebut bahawa tindakan tersebut adalah sebahagian daripada kempen memerangi “keganasan Palestin”. Dakwa beliau, peniaga yang menjual pakaian tersebut akan menggunakan keuntungan mereka untuk mendanai Hamas.

Di awal sesi persekolahan, keluarga-keluarga Gaza berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pakaian seragam. Rejim Zionis mengharamkan kemasukan pakaian kanak-kanak ke Gaza, termasuk seragam sekolah dan juga sarung kaki.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts