Rejim Zionis rancang bebas 300 tahanan Palestin kerana penjara semakin sesak

BAITULMAQDIS, 7 Okt 2018 — Seramai 300 tahanan Palestin bakal dibebaskan dari penjara selepas parlimen Zionis, Knesset, meluluskan satu rang undang-undang bagi mengatasi kesesakan dalam kurungan Sabtu lalu.

Kenyataan media Zionis menyebut sekitar 1,000 tahanan Palestin terkesan dari undang-undang tersebut, di mana 300 daripada mereka akan dibebaskan pada hari ianya berkuat-kuasa pada 20 Disember.

Undang-undang tersebut diperkenal selepas Mahkamah Tinggi Zionis mengarahkan setiap tahanan dikurung dalam ruang seluas tiga meter persegi, bagi memenuhi hak asasi tahanan. Dengan itu, tempoh hukuman ke atas para tahanan akan dikurangkan sehingga dua hingga lima bulan tanpa mengira jenis kesalahan mereka.

(IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts