Rejim Zionis rancang bina laluan keretapi ke Arab Saudi

BAITULMAQDIS, 16 Jan 2018 — Rejim penjajah Zionis telah memulakan perancangan untuk membina laluan keretapi menghubungkan negara haram itu ke Arab Saudi, untuk pengangkutan penumpang dan barang dagangan.

Kenyataan media-media Zionis menyebut bahawa projek bernilai $US4.5 juta itu telah dimasukkan dalam bajet 2019 yang diluluskan tiga hari lalu.

Rancangan asal adalah untuk membina sebuah stesen keretapi di kota Bisan, dengan jaringan landasan menuju ke Iraq dan Arab Saudi melalui Jordan.

Selama ini, rejim Zionis membawa barangan yang tiba di pelabuhan Haifa dan juga yang dibawa ke Iraq, Arab Saudi dan Negara-Negara Teluk yang lain melalui Jordan. Dengan pembinaan laluan ini, pelabuhan Haifa akan dihubungkan secara terus dengan pelabuhan Dammam di Arab Saudi.

Menteri Pengangkutan Zionis, Yisrael Kats, yang menggelar laluan keretapi ini sebagai “Laluan Kedamaian” berkata bahawa satu pintu lintasan komersial yang baharu akan dibuka bagi menangani barang dagangan yang diekspot ke Negara-Negara Teluk dan Iraq.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts