BAITULMAQDIS, 1 Apr 2019 — Kementerian Perumahan Zionis merancang pembinaan puluhan ribu buah rumah bagi menempatkan 250,000 pendatang Yahudi di wilayah Bukit Golan menjelang tahun 2048.

Rancangan tersebut dibentuk hanya smeinggu selepas Presiden Amerika, Donald Trump, mengisytiharkan daerah strategik milik Syria itu sebagai wilayah “berdaulat” rejim Zionis. Bukit Golan diduduki oleh tentera Zionis sejak tahun 1976, sebagaimana wilayah Tebing Barat dan Gaza.

Sebanyak 30,000 buah rumah akan dibina di kawasan penemapatan haram Ketzrin di Golan. Sementara itu, dua buah penempatan haram baharu akan dibina, sekaligus menyediakan 45,000 peluang pekerjaan dan pelaburan dalam sektor pengangkutan dan pelancongan.

Mereka turut merancang untuk membina infrastruktur jaringan pengangkutan antara Golan dan wilayah Palestin lain yang diduduki oleh Yahudi.

(PNN)

SHARE