Rejim Zionis siap bina menara pemeriksaan di pintu masuk Kota Lama Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 17 Feb 2018 — Rejim Zionis telah siap membina sebuah menara sekatan pemeriksaan di Pintu Damaskus, yang merupakan laluan masuk utama ke kawasan penduduk Islam di Kota Lama Baitulmaqdis.

Menara tersebut merupakan salah satu daripada tiga buah yang mula dibina sejak bulan lalu, bagi tujuan mengetatkan lagi kawalan ke atas penduduk Palestin di kawasan terbabit.

Selain membina menara, rejim Zionis turut memasang kamera keselamatan di setiap penjuru dan jalan sekitar Kota Lama.

Benjamin Netanyahu sebelum ini mengumumkan strategi keselamatan di Pintu Damaskus dengan menetapkan laluan tertentu untuk penduduk Palestin, memasang peralatan canggih, serta membina menara sekatan pemeriksaan bagi menghalang penduduk Palestin mendekati pegawai-pegawai Zionis.

(Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts