Remaja Palestin didera selepas ditembak dan ditangkap

RAMALLAH, 29 Ogos 2016 (Maan) — Dua orang remaja Palestin Mumen Tawfiq Hamayel, 17, dan Abd al-Fatah Mubarek, 16, diseksa, didera dan diabaikan tanpa bantuan perubatan ketika berada dalam tahanan tentera Zionis di penjara Ofer.

Menurut kenyataan peguam Loay Akka dari Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin, kedua-dua mangsa ditangkap pada malam 7 Ogos lalu berdekatan perkampungan Silwad di Ramallah, di mana Abd al-Fatah ditembak dengan lima butir peluru hidup dari jarak dekat ketika tentera Zionis cuba menangkap beliau atas tuduhan membaling batu.

Abd al-Fatah kemudian ditahan selama tiga hari di Hospital Hadassan dalam keadaan bergari sepanjang masa. Peluru menembusi pehanya dan meninggalkan serpihan serta merosakkan tulang beliau.

Sementara itu sekurang-kurangnya tujuh askar Zionis mengejar Mumen sebelum memukul beliau dalam keadaan matanya ditutup. Beliau dipukul sengan senjata dan disepak sehingga luka berdarah. Beliau tidak diberikan rawatan walaupun mengalami kehilangan darah yang banyak, bahkan tentera Zionis memijak-mijak beliau.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts