Remaja Palestin ditangkap kerana pakai baju dengan rekabentuk bendera Palestin

BAITULMAQDIS, 21 Okt 2018 — Pasukan polis penjajah Zionis menangkap seorang remaja Palestin di luar Masjid al-Aqsa semalam, hanya kerana beliau memakai baju dengan rekabentuk bendera Palestin.

Mangsa ditangkap di kawasan Bab al-Amoud, di mana polis Zions menghalang beliau memasuki perkarangan masjid dan kemudian mengheret beliau ke dalam sebuah kenderaan peronda untuk dibawa ke sebuah balai polis di Jalan Salahuddin.

Remaja tersebut berkunjung dari Wilayah Palestin 1948 bersama kawan-kawannya, di mana mereka keluar dari perkarangan tapak suci itu setelah mengerjakan solat Subuh. Apabila beliau ingin masuk semula, pasukan polis Zionis menghalangnya atas alasan memakai baju tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts