Ribuan Sambut Kepulangan Tahanan Palestin

Bandar Gaza, 18 Okt – Beratus-ratus tawanan yang dibebaskan dari penjara Israel tiba pada tengah hari Selasa (18/10) di Semenanjung Gaza sebagai pelaksanaan fasa pertama perjanjian pertukaran banduan yang telah dipersetujui di antara Hamas dan Israel.

Mereka yang dibebaskan telah melalui sempadan Mesir Gaza, dan disambut dengan satu majlis yang besar yang diketuai oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya, menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin puak. Beratus-ratus ribu orang berkumpul di Ramallah dan Gaza City menyambut ketibaan mereka. Lebih daripada 200,000 orang berhimpun di al-Katiba, bandar Gaza.

Sejumlah 296 tawanan yang dibebaskan di Mesir, 131 daripada mereka dari Semenanjung Gaza dan 163 dari Tebing Barat.

“Kami pulang dengan maruah, syukur kepada Allah,” salah seorang banduan memberitahu televisyen Mesir dari sebuah bas yang membawa para tahanan.

Sementara itu sejumlah 130 tawanan yang dibebaskan tiba pada sebelah petang Selasa di Muqataa, Ramallah. Mereka telah disambut oleh Presiden Mahmoud Abbas dan pemimpin Hamas di Tebing Barat.

Sementara itu, pihak berkuasa Israel mengumumkan bahawa Gilad Shalit dalam perjalanan ke sebuah kem tentera  di selatan Tel Aviv.

550 tawanan Palestin lagi adalah antara yang akan dibebaskan dalam jangka masa dua bulan mengikut perjanjian pertukaran yang telah dipersetujui. PIC/MAN

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts