Ribut Di Israel: Kapal Moldovan Karam

Sebuah kapal kargo, Moldovan karam dalam cuaca buruk di perairan Israel kelmarin (12/12). Menurut pusat Kawalan Maritim Israel, 11 orang anak kapal tersebut berjaya menaiki rakit keselamatan seterusnya diselamatkan oleh kapal lain.

“Moldivan telah karam… Anak kapal selamat di atas rakit keselamatan.” Kata Yigal Maor, jurucakap perkapalan dan pelabuhan Israel kepada Radio Israel.

Menurut beliau, sebuah kapal dagang milik Taiwan berjaya menyelamatkan anak kapal tersebut manakala tentera udara pengganas Zionis mendakwa mereka bersedia untuk memberi bantuan.

Menurut media kerajaan haram Israel, kapal tersebut yang membawa muatan 3,000 tan besi telah mengeluarkan isyarat kecemasan 10 batu nautika daripada pelabuhan Ashdod ketika angin kencang menyerang bahagian pantai Israel.

Kerajaan haram Zionis diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah kebakaran besar besaran melanda Haifa yang menyebabkan kerugian hampir USD454 juta, Israel terpaksa berhadapan dengan hujan dan ribut yang mencapai kelajuan 100km sejam. Serangan ini mengakibatkan sejumlah besar kemalangan jiwa dan bekalan elektrik dilaporkan terputus di beberapa tempat. Dijangka cuaca akan bertambah buruk di utara dan di tengah Israel.

Ribut kencang yang melanda Israel telah mengakibatkan dua kanak kanak Israel kehilangan jari apabila tersempit di celah pintu di tempat berasingan. Sekurang kurangnya, lima mangsa dilaporkan cedera ringan di Holiday Inn, Tiberias apabila tingkap kaca milik pusat peranginan berkenaan pecah ditimpa angin kencang.

Lalu lintas hampir seluruh tempat di negara haram tersebut lumpuh setelah lampu isyarat gagal berfungsi dan kelihatan pohon pohon di sepanjang jalan tumbang. Ribut pasir yang menganas di Negev menyebabkan jarak penglihatan yang terhad. Sekurang kurangnya 6 orang cedera di dalam kemalangan jalan raya.

Menurut laman sesawang Haaretz.com, hampir seluruh negara haram Israel terputus bekalan elektrik akibat hujan lebat, kilat dan pohon yang tumbang telah merosakkan sistem bekalan elektrik. Rata rata pokok yang tumbang telah menghempap kabel elektrik yang menyebabkan hampir seluruh Tel Aviv, Bnei Brak, Holon dan Bat Yam bergelap. Sehingga kini, Israel masih gagal untuk memulihkan bekalan elektrik yang terjejas di beberapa tempat. (hcn)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts