Roket Gaza Sasar Tel Aviv dan Haifa

GAZA, 9 Julai 2014 (Ma’an | ToI ) — Serangan roket yang dilancarkan dari Gaza dilaporkan jatuh di utara Tel Aviv, bandar Hadera di Haifa dan juga Al-Quds (Jerusalem.)

Kenyataan Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) menyebut, “buat pertama kali, Briged Qassam menyerang Haifa dengan roket R160, dan Al-Quds yang terjajah dengan empat roket M75 serta Tel Aviv dengan empat roket M75.”

Haifa terletak sejauh 136 kilometer dari Gaza, sementara Tel Aviv adalah sejauh 68 kilometer.

Berikutan serangan ke Tel Aviv, Kedutaan Amerika beroperasi pada tahap minima dan semua pegawainya dilarang keluar dari bangunan atau tempat tinggal.

Kejadian ini merupakan serangan pertama sejak konflik pada tahun 2012 di mana mujahidin Palestin di Gaza menyerang roket ke al-Quds sebagai membalas tindakan rejim Zionis menyerang hendap wilayah Gaza sejak beberapa hari lalu.

Lebih 130 roket dilancarkan ke dalam wilayah negara haram Zionis semalam apabila tentera Zionis melancarkan serangan yang mereka gelar Operation Protective Edge ke atas Gaza.

 

Roket jatuh di kawasan Ramat Raziel di al-Quds.
Roket jatuh di kawasan Ramat Raziel di al-Quds.
Serangan roket dari Gaza.
Serangan roket dari Gaza.
000_Nic6346801-635x357
Helikopter Apache Zionis menembak peluru berpandu ke sasaran di Gaza.
Serangan tentera Zionis ke atas Gaza.
Serangan tentera Zionis ke atas Gaza.
Tentera Zionis bersedia dengan kereta kebal Merkava di sempadan Gaza.
Tentera Zionis bersedia dengan kereta kebal Merkava di sempadan Gaza.

 

Aktivis Yahudi di al-Quds mendesak Benjamin Netanyahu bertindak bagi menghentikan serangan roket dari Gaza.
Aktivis Yahudi di al-Quds mendesak Benjamin Netanyahu bertindak bagi menghentikan serangan roket dari Gaza.
Kepulan asap tebal selepas serangan tentera Zionis ke atas kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di Rafah.
Kepulan asap tebal selepas serangan tentera Zionis ke atas kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di Rafah.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts