BEIT LAHM, 13 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis meroboh rumah sebuah keluarga Palestin di kota Beit Jala, barat Beit Lahm, buat kali kedua hari ini.

Pasukan tentera memecah masuk rumah Muhammad Mousa Zreineh yang terletak di kejiranan Bir Ouna berdekatan Tembok Pemisah itu, menyerang ahli keluarganya sebelum memaksa mereka keluar dan mula meroboh.

Kali pertama rumah mereka dirobohkan pada tahun 2016.

(IMEMC, Maan)

SHARE