Sembilan Penduduk Tebing Barat Diculik

arestnaightRAMALLAH, 11 Jun 2014 — Tentera Zionis menculik sembilan┬ápenduduk Palestin dari Bethlehem, Nablus dan kem Aroub awal pagi tadi.

Tiga remaja Palestin dari Teko’a di Bethlehem yang diculik adalah Ahmed Khaled Amour, 14 tahun, Kareem Mohammed Amour, 18 tahun, dan Mousa Mohammed Amour, 15 tahun.

Dua lagi remaja, Mohammad Jawabreh, 17 tahun, dan Abraham Al-Balasi, 19 tahun, ditangkap di kem Aroub di Hebron. Beberapa buah kedai di Hebron dipecah-masuk oleh tentera. Merek turut mendirikan sekatan-sekatan jalanraya di jalan utama memasuki bandar berkenaan.

Manakala di Nablus, tentera Zionis telah menyerang masuk kawasan bandar lama dan kem pelarian Balata, dan kemudian menangkap Muhammad Al Jabali, 20 tahun, Iyad Subhi al-Wazeer, 20 tahun, dan Suleiman Abu Assab, 23 tahun.

Tentera Zionis turut menangkap bekas tahanan Jamil Abed el-Latif Nabhan, 25 tahun, di kem pelarian Jenin setelah menggeledah rumah ibubapa beliau.

————-

Sumber: IMEMC

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts