Seorang terbunuh, 5 cedera dalam serangan selepas gencatan senjata

GAZA, 14 Nov 2018 — Pesawat dron tentera Zionis malam tadi melepaskan serangan ke arah beberapa lokasi di Gaza, walaupun telah bersetuju mengadakan gencatan senjata.

Dalam serangan ke atas penduduk Palestin di Beit Lahia, utara Gaza, seorang terbunuh dan dua yang lain tercedera. Sementara lima lagi penduduk cedera dalam serangan di Rafah dan Khan Younis.

Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa sebagai Khaled Akram Yousef Ma’rouf, 29, yang terbunuh dalam serangan di kawasan Shaima’, Beit Lahia. Dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Indonesia.

Sementara itu, pesawat dron Zionis turut menyerang kawasan berdekatan Sekolah al-‘Aqqad di timur Rafah, mencederakan dua pemuda. Mereka dikejarkan ke Hospital Abu Yousef Najjar.

Kereta kebal tentera Zionis turut menyerang sebuah pengkalan pejuang Palestin di Khan Younis, mencederakan tiga orang dan merosakkan bangunan.

(IMEMC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts