Seorang terbunuh dalam serangan udara ke atas Gaza

GAZA, 17 Okt 2018 — Seorang pemuda Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 14 yang lain tercedera dalam serangan jet perang tentera udara Zionis di utara Gaza awal pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 20 serangan telah disasarkan ke seluruh Gaza.

Naji Muhammad al-Zaanin, 25, meninggal dunia dalam serangan yang menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin di utara Beit Lahia. Sekurang-kurangnya tiga yang lain cedera dan dikejarkan ke hospital.

Manakala dalam serangan lain di kota Rafah, empat orang penduduk tercedera.

Letupan besar turut kedengaran di kota Khan Younis dan Rafah, ketika para pelajar baru memulakan sesi persekolah waktu pagi, menyebabkan suasana panik di kalangan murid-murid. Enam pelajar cedera terkena serpihan serangan bom di kota Deir Balah dan dikejarkan ke Hospital al-Aqsa.

Serangan berlaku tidak lama selepas tentera Zionis membuat ugutan untuk membuat serangan besar-besaran sekiranya perhimpunan Great Return March tidak dihentikan.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts