Seorang terbunuh, seorang cedera dalam serangan di utara Gaza

GAZA, 28 Mei 2018 — Seorang pejuang Palestin terbunuh dan seorang yang lain tercedera dalam serangan kereta kebal tentera Zionis ke atas tiga pos Briged al-Qassam di bandar Beit Lahiya di utara Gaza malam tadi.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohammed al-Radei, 25.

Tentera Zionis mendakwa serangan tersebut sebagai tindak balas cubaan tiga pemuda Palestin yang menceroboh masuk wilayahnya melalui kawasan sempadan utara Gaza. Dua daripada pemuda tersebut telah ditangkap oleh tentera Zionis, sementara seorang lagi berjaya berpatah balik.

Semalam, tiga pejuang Briged al-Quds, iaitu sayap tentera Jihad Islami, terbunuh apabila pos mereka di selatan Gaza diserang oleh kereta kebal tentera Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts