Sheikh Khaled disekat masuk al-Aqsa selama 15 hari

AL-QUDS, 19 Sep 2017 — Polis Zionis di kota al-Quds mengharamkan Sheikh Khaled al-Mughrebi memasuki Masjid al-Aqsa selama 15 hari, setelah menangkap beliau ketika memasuki tapak suci itu melalui Pintu al-Ghawanmeh.

Selepas ditangkap, Sheikh Khaled diheret ke pusat interogasi al-Qashale di mana beliau dibiarkan menunggu selama sembilan jam sebelum disoal siasat. Beliau dibebaskan Subuh pagi tadi, dan dituduh membuat kacau di kawasan awam serta menghalang pasukan polis menjalakan tugas.

Sheikh Khaled menafi semua tuduhan tersebut, namun dibebaskan dengan hukuman diharam memasuki tapak suci umat Islam itu selama 15 hari.

Beliau lazimnya menyampaikan kuliah pengajian agama di perkarangan Masjid al-Aqsa di antara waktu-waktu solat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts