Tahanan Jawad Jawareesh lancar mogok lapar bantah sikap ganas pegawai penjara

BEIT LAHM, 28 Sep 2016 (IMEMC) — Tahanan Jawad Jawareesh, 40, melancar mogok lapar dalam kurungan berseorangan di penjara Ramon sejak Ahad lalu bagi membantah keganasan pihak penjara ke atas beliau dan tindakan mereka memindah beliau dari satu penjara ke penjara lain tanpa alasan.

Jawad yang didakwa sebagai seorang anggota Briged Al-Aqsa dihukum penjara selama 40 tahun sejak ditangkap pada tahun 2002.

Beliau baru-baru ini dipindahkan dari penjara Eshil ke penjara Nafha, di mana para tahanan anggota pergerakan Fateh dikurung. Namun beliau secara tiba-tiba dipindahkan lagi ke penjara Ramon, di mana beliau dikurung berseorangan dan diserang oleh tentera.

Tindakan ini menyebabkan Jawad tidak dapat berkomunikasi dengan tahanan lain dan dihalang daripada mendapat lawatan ahli keluarga.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts