Tahanan mogok lapar dipindahkan ke hospital awam dan klinik lapangan

BEIT LAHM, 22 Mei 2017 (PIC) — Seramai 70 tahanan Palestin yang memasuki hari ke-36 mogok lapar telah dipindahkan ke hospital awam Zionis di Assaf Harofeh, Soroka, Barzilai, Hamek dan Beilinson apabila keadaan kesihatan mereka merosot dan mengalami gejala merbahaya, manakala puluhan yang lain dipindahkan ke klinik lapangan.

Sekurang-kurangnya 72 tahanan yang dikurung di penjara Ramla berada dalam keadaan meruncing. Manakala pihak penjara Ashkelon kini merancang untuk memindahkan semua tahanan mogok lapar ke klinik lapangan hari ini. Sehingga 60 orang tahanan dilaporkan pengsan sejak awal pagi, namun mereka bertekad untuk meneruskan mogok.

Lebih 1,500 tahanan Palestin mengadakan mogok lapr bagi menuntut pihak rejim menghentikan layanan zalim dan pencabulan ke atas hak mereka. Antara lain, mereka mendesak supaya pihak penjara membenarkan lawatan keluarga, memberi rawatan yang diperlukan, menghentikan kurungan berseorangan serta memansuh tahanan pentadbiran tanpa pengadilan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts