Tahanan Palestin diberi makan makanan luput tarikh

NAZARETH, 6 Mac 2018 — Tahanan Palestin di penjara Etzion di selatan Tebing Barat diberikan makanan yang sudah luput tarikh.

Peguam Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Jacqueline Fararja, yang melawat para tahanan di penjara tersebut petang semalam berkata pihak penjara memberikan makanan dalam tin serta keju yang sudah luput tarikh.

Menurut beliau, sebahagian besar tahanan terpaksa memakan makanan yang disediakan kerana kelaparan dan tidak diberikan makanan yang cukup.

Seramai 12 penduduk Palestin ditahan dalam penjara Etzion.

(PIC, Alray, MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts