NABLUS, 21 Jan 2018 — Tahahan Palestin, Hussein Atalla, semalam meninggal dunia dalam penjara Ramla akibat dibiarkan menanggung sakit kanser tanpa diberi rawatan.

Hussein, 57, yang berasal dari kota Nablus dikurung sejak 23 tahun lalu, bagi menjalani hukuman penjara selama 35 tahun.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 6,171 penduduk Palestin dikurung dalam penjara Zionis sehingga Disember lalu. Sekurang-kurangnya 400 daripada mereka adalah pesakit yang diabaikan rawatan oleh pihak penjara secara sengaja.

(Maan)

SHARE