Tanah wakaf Tamim ad-Dari dibimbangi jatuh ke tangan pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 10 Julai 2017 (PIC) — Suku Tamim ad-Dari dan puluhan keluarga Islam di al-Khalil bimbang dengan tindakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyerah tanah wakaf Tamim ad-Dari seluas 74 hektar kepada satu delegasi dari Rusia, di mana di atasnya berdiri sebuah bangunan Gereja Ortodoks Rusia.

Mereka bimbang kawasan tanah tersebut akan kemudiannya dijual kepada rejim Zionis untuk dijadikan projek penempatan Yahudi.

Dalam surat mereka kepada PA, keluarga Tamim dan penduduk Islam di al-Khalil menegaskan bahawa tanah tersebut merupakan wakaf Islam yang tidak boleh dijual, dan mereka mempunyai bukti dokumen pemilikannya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts