Tapak Warisan – PBB dan Russia Turut Kecam Israel

PBB dan Russia turut bersama-sama mengutuk tindakan Zionis menyenaraikan beberapa tapak suci di Tebing Barat sebagai warisan kebangsaan negara haram Israel.

“Kami telah berkali-kali menyatakan pendirian kami menentang sebarang langkah dan tindakan yang mempengaruhi hasil rundingan berkenaan persetujuan penempatan Palestin-Israel, dan tindakan ini jelas akan menghalang usaha-usaha meneruskan dialog antara Pelastin dan Israel,” kata jurucakap Menteri Luar Russia, Andrei Nesterenko, Jumaat lalu.

Andrei Nesterenko turut menyaran supaya Israel berhati-hati dan menghormati isu-isu yang mempunyai kaitan dengan perihal agama.

Keputusan Israel memasukkan Masjid Ibrahimi di Al Khalil dan Masjid Bilal bin Rabah ke dalam senarai 150 tapak warisan Yahudi telah mendapat bangkangan dan kutukan dari pelbagai pihak.

Beberapa pemimpin PBB, termasuk Ban Ki-Moon, dan Ketua UNESCO, Irina Bokova, mengutuk keputusan Israel itu.

Makanala Kesatuan Eropah (European Union — EU) juga turut menyeru supaya Palestin dan Israel menyambung semula perbincangan. Pegawai-pegawai tinggi EU memetik bahawa tindakan Israel (menyeraikan dua masjid berkenaan) akan menjadi penghalang kepada penerusan rundingan.

Pengarah Polisi Antarabangsa EU, Catherine Ashton menganggap tindakan kerajaan Israel memasukkan tapak-tapak di Hebron dan Bethlehem ke dalam senarai warisan mereka sebagai merosakkan usaha-usaha menyambung semula rundingan damai. Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap beliau, Lutz Guellner. (mn/PressTV)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts