Tentera darat Israel mulakan serangan darat di Gaza: angka kematian 460 orang dalam 8 hari

gaza_under_attackSabtu 03 Januari: Tentera Israel telah memasuki Semenanjung Gaza melalui jalan darat dengan dibantu oleh helikopter dan kereta kebal lewat Sabtu malam. Bilangan korban serangan pada hari Sabtu belum lagi dapat dipastikan, tetapi setakat hari ke-8, sebanyak 460 orang Palestin telah terkorban.

Sumber dari Palestin berkata kereta kebal dan kereta perisai Israel yang diiringi oleh helilkopter memasuki Semenanjung Gaza daripada beberapa arah.

Jurucakap tentera Israel, Avital Leibovitch, menyatakan objektif serangan ialah untuk memusnahkan infrastruktur milik Hamas di Gaza.

Menurut sumber tempatan, ribuan tentera Israel mengambil bahagian di dalam serangan yang turut disertai oleh unit infantri, kereta kebal, jurutera, artileri dan inteligen dengan dibantu oleh tentera udara Israel. Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak berkata, “Ia bukan sesuatu yang mudah dan ia tidak akan berakhir dalam masa yang singkat. Kita akanĀ  meluaskan kawasan operasi dan pada masa yang sama kita sedar tindakan yang kita ambil ini akan berhadapan cabaran, kepayahan dan juga ada yang akan menjadi mangsa.”

Pejuang Palestin telah bertempur dengan tentera Israel, menurut sumber yang melaporkan dari Gaza.

Beberapa jam sebelum serangan darat bermula, jet pejuang Israel mengebom Masjid di Beit Lahyia, di utara Semenanjung Gaza membunuh 13 orang awam. Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan angka korban di Gaza menjelang Sabtu petang akibat pengeboman sekarang berjumlah 460 orang, kebanyakannya orang awam.

Kenyataan Kementerian menambah serangan udara yang dimulakan seminggu yang lalu turut mengakibatkan 2,300 orang Palestin cedera di wilayah Gaza yang padat penduduk dan telah kehabisan ubat-ubat dan alat-alat perubatan akibat kepungan. Israel memulakan operasi serangan Sabtu lepas, 27 Disember 2008, sebelas hari selepas gencatan senjata selama enam bulan yang ditaja Mesir berakhir pada 16 Disember 2008. Walaupun pihak Israel menuduh kerajaan Hamas di Gaza mencabuli gencatan senjata, Pusat Hak Kemanusiaan Palestin (PCHR) telah mencatat ratusanĀ  pencabulan yang dilakukan oleh tentera Israel, termasuk 3 pencabulan pada hari bermulanya gencatan pada 19 Jun 2008.

Jet pejuang Israel memulakan serangan dengan mengebom kesemua pos kawalan keselamatan Palestin di Gaza. Pada hari-hari berikutnya, sasaran serangan udara diperluaskan. Hospital, rumah, bengkel, stesyen televisyen, sekolah dan masjid turut disasarkan. Seluruh kawasan pantai Palestin menjadi sasaran serangan siang dan malam secara berterusan sejak seminggu yang lalu.

Tentera Darat Israel mengumumkan pada pagi Sabtu operasi serangan darat secara besar-besaran akan dilancarkan dalam tempoh beberapa jam. [imemc]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts