Tentera laut Zionis serang nelayan Gaza

GAZA, 18 Julai 2018 — Bot perang tentera laut Zionis pagi tadi menyerang bot-bot nelayan Palestin dengan melepaskan tembakan mesingan dan mengejar mereka di kawasan perairan as-Sudaniya dan al-Waha di barat laut Gaza.

Ketika kejadian, para nelayan sedang menangkap ikan di dalam zon tiga batu nautikal yang dibenarkan oleh rejim Zionis.

Beberapa buah bot lain turut diserang di perairan kawasan tengah Gaza.

Di bawah Perjanjian Oslo 1993, nelayan Palestin dibenarkan menangkap ikan sehingga 20 batu nautikal dari pantai. Bagaimanapun rejim Zionis secara berperingkat menyempitkan zon tersebut sehingga menjadi tiga batu nautikal.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts