Tentera Zionis bantu pendatang Yahudi bertempur dengan pemuda Palestin

NABLUS, 21 Sep 2016 (PIC) — Pertempuran tercetus di bandar Sabsatia di utara Nablus sepanjang malam tadi di antara puluhan pemuda Palestin dan sekumpulan pendatang Yahudi yang dilindungi oleh tentera Zionis.

Beberapa buah kenderaan yang membawa para pendatang Yahudi menyerang masuk Sabsatia, di mana mereka melakukan ritual Talmud di sebuah tapak arkeologi, menyebabkan berlaku pertempuran dengan pemuda Palestin yang ditembak dengan gas pemedih mata.

Dalam pada itu, sekumpulan pendatang Yahudi cuba menceroboh masuk bandar Beit Dajan di timur Nablus, namun kemudiannya berundur semula.

Tindakan provokasi pendatang Yahudi dilakukan menjelang musim perayaan mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts