AL-KHALIL, 16 Mei 2018 — Pasukan tentera Zionis petang tadi dikerah ke kawasan sebuah rumah bersejarah milik keluarga Palestin di kota Doura di selatan wilayah al-Khalil, setelah segerombolan pendatang Yahudi merampas dan menduduki kawasan tersebut.

Gerombolan pendatang terbabit menyerbu kawasan Ein ad-Dalba berdekatan laluan masuk sebelah timur Doura, dan menaikkan bendera Zionis di sekitarnya.

Tentera Zionis menghalang penduduk Palestin serta pemilik rumah dan tanah terbabit, keluarga al-Harbiyyat, memasukinya. Keluarga al-Harbiyyat mempunyai dokumen rasmi pemilikan harta tersebut, yang diwarisi dari era Khalifah Uthmaniah.

Terdapat banyak tapak dan rumah-rumah arkeologi di sepanjang jalan antara kota al-Khalil dan kawasan selatan Tebing Barat.

(IMEMC)

SHARE