GAZA, 7 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis yang lengkap dengan empat buah jentolak menceroboh masuk sehingga beberapa ratus meter ke dalam kawasan bandar Beit Lahia di sempadan utara Gaza pagi tadi.

Mereka meratakan tanah pertanian di kawasan tersebut.

Sekumpulan lagi tentera menceroboh masuk kawasan timur Deir al-Balah, wilayah tengah Gaza.

Sementara itu, pasukan tentera Zionis yang berkawal di kawasan pagar melepaskan tembakan ke arah penduduk Gaza yang memburu burung di timur kota Khan Younis. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

(PIC)

SHARE