GAZA, 5 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis lengkap dengan jentolak D-9 pagi tadi menceroboh masuk kawasan sempadan Gaza sambil melepaskan tembakan ke arah penduduk.

Kejadian berlaku di timur bandar Beit Hanoun, utara Gaza, ketika pesawat dron tentera udara Zionis berlegar di udara.

Terdahulu, dua orang pemuda Palestin ditembak di kawasan berdekatan kem tentera Nahel Oz. Namun tidak ada kecederaan dilaporkan.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE