GAZA, 2 Julai 2018 — Pasukan tentera penjajah Zionis lengkap dengan lima buah buldozer menceroboh masuk sehingga 50 meter ke dalam kawasan timur bandar Abasan al-Kabeera di Khan Younis pagi tadi, kemudian meratakan tanah pertanian serta membina bukit pasir di kawasan tersebut.

Tentera Zionis yang berpengkalan di kawasan sempadan melepaskan tembakan gas pemedih mata dengan sengit ke arah para petani yang sedang bekerja, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, bot tentera laut Zionis melepaskan tembakan ke arah nelayan di perairan utara Gaza pagi tadi. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

(PIC, IMEMC)

SHARE