Tentera Zionis culik 11 penduduk Palestin di Tebing Barat

RAMALLAH, 12 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin, termasuk empat kanak-kanak, dari beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Penculikan berlaku di Beit Lahm, Qalqilya, Ramallah, Baitulmaqdis, Jenin dan al-Khalil.

Kenyataan tentera Zionis mendakwa mereka turut menemui sepucuk senjata ketika menggeledah sebuah rumah di bandar Iskaka, Salfit.

Di al-Khalil, tentera Zionis menculik pemuda Adi al-Awawda. Sementara di Beit Lahm, dua mangsa diculik iaitu Juda Muhammad Sbeih, 17, dan Ahmad Yousef Mousa, 22.

Dua lagi penduduk diculik dari kota Baitulmaqdis, iaitu Ahmad Abed Ghanam, 17, dan Muhammad Hussein Matar. Manakala Hudaifa Lutfi al-Barghouthi diculik dari Ramallah. Tiga yang lain, Mahmoud Daoud, 17, Mahmoud Barham, 17, dan Abida Suleiman diculik dari Qalqiliya.

Di utara Tebing Barat, dua penduduk diculik iaitu Khaled Sharida dari Nablus dan Adnan Abed dari Jenin.

(Maan, PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts