Tentera Zionis culik 17 penduduk Palestin dari Tebing Barat

JENIN, 10 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 17 penduduk Palestin di Tebing Barat, termasuk enam dari wilayah Jenin dan dua lagi dari Qalqilia, selepas memecah masuk dan menggeledah beberapa buah rumah awal pagi tadi.

Dalam kejadian di Jenin, tentera Zionis menggeledah rumah dan menyoal siasat penduduk di kota tersebut serta bandar Qabatia dan perkampungan Sanour dan al-‘Arqa sebelum menculik enam orang. Antara mereka yang diculik adalah Hisham Omar Zakarna dari Qabatia, Laith Fuad dan Tareq Ziad Gharbiyya dari Sanour.

Dua bekas tahanan, Mohammad Walid Jalamna dan Ghassan Adnan al-Atrash, diculik dari kejiranan Kharrouba di kota Jenin, di samping Mahdi Hamad Abu al-Hasan, 24, dari kejiranan Marah Sa’ad.

Tentera Zionis turut menyerang masuk kawasan kejiranan di timur Jenin serta perkampungan al-‘Arqa di barat kota tersebut.

Di samping itu, tentera Zionis turut memecah masuk rumah-rumah di kota Qalqilia dan menculik Noureddin Ahmad Daoud, 30, dan Nasr Talal Jayyousi.

Berikut adalah senarai penuh mangsa:

  1. Tareq Ziad Gharbiyya, Jenin.
  2. Laith Fuad Gharbiyya, Jenin.
  3. Hisham Omar Zakarna, Jenin.
  4. Mohammad Walid Jalamna, Jenin.
  5. Ghassan Adnan al-Atrash, Jenin.
  6. Mahdi Kamaluddin Abu al-Hasan, Jenin.
  7. Majdi Ma’rouf al-Atrash, Beit Lahm.
  8. Mohammad Ma’rouf al-Atrash, Beit Lahm.
  9. Mohammad Yousef al-Atrash, Beit Lahm.
  10. Mohammad Zaher Hammad, Ramallah.
  11. Jihad Zaher Hammad, Ramallah.
  12. Yahia Hammad, Ramallah.
  13. Nasr Talal Beida, Qalqilia.
  14. Noureddin Ahmad Daoud, Qalqilia.
  15. Saif Bassam Abu Aisha, Al-Khalil.
  16. Mohtaseb Mahmoud ‘Aassi, Salfit.
  17. Sakher Abdul-Rahim Bisharat, Dataran Utara.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts