GAZA, 22 Jul 2019 — Tentera laut penjajah Zionis menculik dua nelayan Palestin dan merampas bot mereka di perairan selatan Gaza petang semalam.

Nelayan dua-beradik itu, Isam al-Aqra, 24, dan Riyad, 20, ditangkap dari bot mereka di luar pantai Rafah.

Bot-bot perang tentera Zionis mengganggu dan menyerang nelayan Gaza hampir setiap hari. Sekitar 50,000 penduduk Gaza bergantung hidup kepada industri perikanan.

(PIC, MEMO)

SHARE