Tentera Zionis culik 20 penduduk, rampas kenderaan dan wang tunai

RAMALLAH, 14 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis mengaku bertangunggjawab menculik 20 penduduk Palestin di Tebing Barat sepanjang awal pagi tadi.

Dalam kejadian di utara Tulkarem, kenderaan peronda tentera Zionis menyerbu bandar Qufein dan menculik lima penduduk.

Tentera turut menggempur bandar Gis di timur Qalsilya dan menculik seorag penduduk dari rumahnya. Pertempuran tercetus selepas kejadian tersebut.

Pertempuran turut berlaku di bandar Kafr Ne’ma apabila tentera Zionis menggempur masuk dan mencuri wang tunai dari rumah-rumah penduduk.

Di selatan al-Khalil, mereka memecah masuk serta menggeledah rumah tahanan Samir Bheis di Yatta, dan merampas sebuah kenderaan beliau. Tentera Zionis kemudian menggeledah rumah tahanan Anas al-Hashlamon dan merampas sebuah kereta beliau.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts