Tentera Zionis culik 22 penduduk, rampas wang di Tebing Barat

RAMALLAH, 17 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menculik 22 penduduk Palestin termasuk bekas tahanan dan kanak-kanak, serta merampas wang tunai dari beberapa daerah di Tebing Barat.

Kenyataan tentera Zionis menyebut sembilan orang ditangkap kerana terlibat dengan serangan ke atas Yahudi. Bagaimanapun sumber-sumber Palestin menyebut 22 orang termasuk bekas tahanan dan kanak-kanak berumur 14 tahun telah ditangkap dan diculik dari Ramallah, Qalqiliya, Beit Lahm, Baitulmaqdis dan al-Khalil.

Seramai lapan orang diculik dari Beit Lahm, iaitu Qussai Ali Issa, Mohammad Ali Issa, Mahmoud Ibrahim as-Seer, Ali Mustafa Salah, Bashar Rashaida, Laith Hashem Rashaida, Mohammad Jamil Sawahra, dan Ahmad Zakariya Issa.

Di wilayah Ramallah dan al-Biereh, tentera Zionis menculik Malek Hisham Abu Khalifa, Mohammad Hisham Abu Khalifa, Mustafa Jamal Ramahi, Mohammad Abu Hilwa, Amjad Riyad Safi dan Fadi Abu Srour.

Sementara di Qalqiliya, mereka menculik Sa’id Farouq Abu Haniyya, 26, Walid Ismael Radwan, 15, Abdullah Mustafa Radwan, 22, Mohammad Mustafa Radwan, 26, dan As’ad Abdul-Salam Hussein.

Tentera turut memecah masuk serta menggeledah rumah-rumah di al-Khalil, dan merampas sejumlah besar wang tunai. Mereka turut menculik dua-beradik Maher, 50, dan Mousa Jaradat, 32, dari al-Khalil.

Dalam kejadian di Jericho, puluhan penduduk Palestin tercedera sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata di kem pelarian Aqabat Jaber.

Seorang kanak-kanak, Ibrahim Gheith, 14, diculik dari bandar Silwan di Baitulmaqdis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts