Tentera Zionis culik 23 penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis

RAMALLAH, 26 Ogos 2019 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk rumah-rumah dan menculik sekurang-kurangnya 23 penduduk Palestin dari beberapa daerah di Tebing Barat dan kota suci Baitulmaqdis, awal pagi tadi.

Semua mangsa didakwa terlibat dalam aktiviti anti-penjajah dan menyerang pendatang Yahudi.

Seramai 18 orang ditangkap di beberapa kawasan dalam wilayah Ramallah, manakala seorang mangsa diculik dari bandar Abu Dis di Baitulmaqdis.

Dalam pada itu, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah banyak rumah penduduk di kawasan-kawasan lain di Tebing Barat dan bertempur dengan kumpulan-kumpulan pemuda Palestin, namun tiada tangkapan dibuat.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts