BEIT LAHM, 10 Okt 2017 — Tentera Zionis menculik sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Di wilayah al-Khalil, tentera Zionis menculik Khadija Rabie, 30, dari rumahnya di bandar Yatta dan kanak-kanak Abd al-Aziz Shaaban al-Hindi, 14, dari rumah keluarganya di Beit Ummar.

Beberapa lagi penculikan berlaku di wilayah Beit Lahm, Tulkarem dan Nablus.

Sepanjang bulan September lalu, seramai 431 penduduk Palestin telah ditangkap termasuk 98 orang kanak-kanak, 11 wanita dan tiga jurnalis.

SHARE