GAZA, 9 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis hari ini mengisytiharkan kawasan sekitar sempadan Gaza sebagai zon larangan tentera.

Pendatang Yahudi yang tinggal berdekatan kawasan sempadan kini dilarang mendekati zon tersebut. Bahkan peronda tentera juga dilarang berbuat demikian.

Tentera Zionis bimbang terhadap serangan balas mujahidin Gaza berikutan tindakan mereka mengebom terowong bawah tanah yang mengorbankan 12 pejuang pada 30 Oktober lalu.

SHARE