Tentera Zionis letup rumah keluarga Adel Ankoush

RAMALLAH, 17 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menyerbu perkampungan Deir Abu Mash’al dan memaksa keluarga-keluarga berjiran mengosongkan rumah mereka, sebelum memasang bahan peledak di dalam rumah keluarga syahid Adel Ankoush dan meletupkannya.

Letupan tersebut menyebabkan sebuah rumah jiran terbakar dan beberapa buah yang lain rosak.

Tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penduduk yang membantah tindakan zalim itu, sementara pesawat dron berlegar di udara.

Khamis lalu, tentera Zionis memusnahkan dua buah rumah keluarga syuhada Bara’ Saleh dan Osama Ata di Deir Abu Mash’al, dan kemudian menyita rumah keluarga Ankoush. Sejumlah 22 ahli keluarga mereka kini kehilangan tempat berteduh.

Tiga pemuda tersebut membuat serangan menembak dan menikam pasukan polis Zionis di kota al-Quds pada 16 Jun lalu. Seorang anggota polis wanita Hadas Malka, 23, terbunuh dan beberapa yang lain tercedera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts