Tentera Zionis mengganas dalam hospital

AL-QUDS, 15 Ogos 2017 — Pertubuhan hak asasi B’Tselem semalam menerbit laporan dan sebuah rakaman video bagaimana tentera Zionis menyerang Hospital al-Makassed di al-Quds Timur untuk menangkap seorang pemuda Palestin yang cedera parah dan sedang dikejarkan ke sebuah bilik bedah pada 21 Julai lalu.

Mangsa, Muhammad Abu Ghanam, 20, meninggal dunia 20 minit selepas pergelutan di antara pasukan tentera dan pekerja hospital serta orang awam yang cuba menyelamatkan beliau.

Laporan B’Tselem turut mendedah bagaimana tentera Zionis menyerang pengawal keselamatan dan menghalau penduduk awam yang sedang menderma darah. Mereka turut menyerbu bilik bersalin, termasuk sebuah bilik yang didiami oleh seorang ibu serta menyembur serbuk lada pemedih mata di dalam sebuah bilik yang masih kosong.

Tentera Zionis turut menghalang ambulan daripada mendekati Muhammad di kejiranan al-Tur selepas beliau cedera ditembak di bahagian dada, serta membiarkan beliau tanpa sebarang bantuan selama 10 minit. Paramedik terpaksa berjalan kaki dan membawa mangsa ke dalam ambulan, di mana seorang askar mengejar untuk cuba masuk ke dalam ambulan tersebut.

Selepas meninggal dunia, jenazah Muhammad diseludup keluar dari Hospital al-Makassed untuk dikebumikan dengan segera bagi menghalang tentera Zionis merampas jenazah beliau.

(EI)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts