Tentera Zionis musnah bangunan kedai dan apartmen di al-Quds

AL-QUDS, 15 Ogos 2017 — Hampir 500 orang askar mengiringi pekerja perbandaran Zionis yang lengkap dengan dua buah buldozer menyerbu bandar Issawiya di al-Quds dan meruntuh sebuah bangunan milik penduduk Palestin, Abdullah Hamdan, tanpa memberi sebarang notis.

Mereka menutup semua laluan dan mengepung bandar tersebut sebelum mula meroboh.

Bangunan yang dibina sejak 10 tahun itu didakwa tidak mempunyai permit pembinaan. Ia menempatkan kedai dan apartmen kediaman.

Hampir 200 buah bangunan milik penduduk Palestin di kota al-Quds berhadapan dengan ancaman perobohan oleh rejim Zionis.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts