Tentera Zionis musnahkan 3 buah rumah dan sebuah pusat aktiviti masyarakat di Umm al-Kheir

AL-KHALIL, 24 Ogos 2016 (Maan) — Tentera Zionis memusnahkan tiga buah rumah dan sebuah pusat aktiviti masyarakat di perkampungan Umm al-Kheir di selatan al-Khalil.

Sebuah daripada rumah terbabit dimilik oleh keluarga Suleiman al-Hathalin, manakala dua buah lagi adalah milik warga emas kurang upaya Shuiab al-Hathalin.

Shuiab ditangkap oleh tentera selepas dua buah rumahnya itu dirobohkan.

Tentera Zionis melancarkan kerja meroboh di perkampungan Umm al-Kheir sejak dua minggu lalu, atas alasan tidak mempunyai lesen pembinaan.

Menurut data PBB sekurang-kurangnya 738 bangunan milik penduduk Palestin dirobohkan oleh tentera Zionis sejak awal 2016, menyebabkan lebih 1,042 orag kehilangan tempat tinggal.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts