Tentera Zionis Musnahkan Masjid al Mufaqarah

AT-TUWANI, HEBRON, 4 Disember 2012 — Seawal jam 6.30 pagi, dua jentolak yang diiringi oleh kenderaan polis sempadan, tentera dan pihak-pihak berkuasa Zionis telah menceroboh masuk ke perkampungan Palestin al Mufaqarah dan bertindak merobohkan masjid di situ.

Pada 24 November 2011, masjid tersebut telah dirobohkan oleh tentera Zionis. Penduduk kampung walau bagaimanapun berusaha membinanya semula, dan akhirnya berjaya menyiapkan pembinaan pada bulan Oktober lepas.

Kampung al Mufaqarah terletak di dalam Kawasan C, di bawah kawalan dan pentadbiran tentera Zionis. Di bawah pentadbiran ini, setiap pembinaan mesti diluluskan oleh rejim Zionis. Rakyat Palestin terus dinafikan hak mereka hak untuk membina apa-apa bangunan di atas 70% daripada kawasan C, yang merupakan kira-kira 44% daripada kawasan Tebing Barat. Dalam baki 30% Kawasan C tersebut, pelbagai sekatan dikenakan ke atas pemilik tanah bagi menghalang mereka mendapatkan permit membina bangunan.

Ketika rumah-rumah dan bangunan milik penduduk Palestin di Kawasan C terus dirobohkan, kawasan penerokaan Yahudi berdekatan iaitu di Avigayil, terus dibina dengan rumah-rumah penempatan haram. Tindakan peneroka Yahudi ini dilindungi oleh pasukan polis dan tentera Zionis, sedangkan pembinaan di kawasan tersebut dikategorikan “haram” oleh undang-undang Zionis sendiri.

Menurut Konvensyen Keempat Geneva, Peraturan Hague (Hague Regulations), Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dan beberapa resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semua penempatan Yahudi dan pendudukan di wilayah Palestin yang dijajah adalah menyalahi undang-undang. Kebanyakan penempatan Yahudi hari ini, termasuk Havat Ma’on dan Avigayil, adalah tidak sah hatta di bawah undang-undang Zionis sendiri.

—-

Berita International Solidarity Movement (ISM). ISM merupakan sebuah NGO yang terus berada di At-Tuwani di selatan Hebron sejak tahun 2004, bagi mengekalkan kehadiran pertubuhan antarabangsa sebagai solidariti kepada penduduk Palestin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts